PENYANYI Ronan Keating dan isteri iaitu Storm membelanjakan sebanyak RM59,000 semata-mata ingin memberikan penerbangan mewah untuk haiwan peliharaan mereka. Ronan atau Ronan Patrick John Keating, 47, difahamkan berada di London dan mahu pulang ke kampung halaman isterinya di Australia untuk meraikan sambutan hari Krismas. Tidak mahu meninggalkan haiwan kesayangan mereka, Ronan dan isteri memilih untuk membawa bersama kucing dan anjing miliknya menaiki pesawat jenis K9. Ronan berhabis puluhan ribu ringgit untuk membawa haiwan peliharaan menaiki jet peribadi. Ronan menerusi perkongsian di Instagram miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan pesawat penerbangan atas khidmat layanan yang diberikan. "Gembira dapat membawa 'anak-anak' (haiwan peliharaan) kami bersama dengans selamat. "Terima kasih kepada pengurusan pesawat atas pengalaman yang menakjubkan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 tahun, Ronan Keating kembali bikin konsert di Arena of Stars Genting Highlands ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo DiCaprio tak bayar hutang Ronan Keating Menurut laporan Mirror, tempat duduk di jet yang menempatkan seekor haiwan peliharaan berharga serendah AS$8,925 (RM40,000) hingga RM59,000. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kemewahan yang dipaparkan oleh penyanyi berkenaan. "Ronan membawa anjing peliharaannya menaiki jet peribadi mewah sedangkan saya cuba meyakinkan suami untuk menaik taraf ruang duduk yang lebih luas di pesawat. "Jika memang berkemampuan, tak salah belanjakan wang untuk haiwan juga. Selamat Hari Krismas buat Ronan dan keluarga," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!