GARA-GARA tidak fasih berbahasa Inggeris, penyanyi IU mendedahkan dia terpaksa menolak untuk bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa. Menurut IU atau Lee Ji Eun, 31, dia berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa asing. "Saya telah menerima banyak tawaran hebat pada masa lalu, tetapi saya menolak peluang itu. Kini IU lebih utamakan kersama bersama artis luar. "Saya berasa agak takut untuk bekerjasama dengan artis yang bercakap bahasa yang berbeza," katanya. IU berkongsi perkara itu semasa sesi temu bual bersama Billboard baru-baru ini. IU bagaimanapun berkata dia mula mengubah persepsi itu dan bersedia menyahut cabaran mempelajari bahasa asing demi meluaskan karier seninya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita fitnah IU dipenjara 4 bulan, beri alasan hidap masalah mental ketika tulis komen ARTIKEL BERKAITAN: IU saman 180 individu termasuk bekas rakan sekelas atas dakwaan buli siber Malah, dia kini lebih bersemangat untuk bekerjasama dengan artis antarabangsa. "Tetapi sekarang saya tidak berfikir begitu lagi. "Saya kini lebih terbuka untuk bekerja dengan artis global. Sila hubungi saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!