suria

Berpegangan tangan masuk restoran, Mariah Carey dan Anderson .Paak didakwa jalin hubungan cinta

Sumber menafikan gosip percintaan Mariah dan Anderson.

PENYANYI Mariah Carey didakwa sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anggota duo Silk Sonic iaitu Anderson .Paak.

Ia susulan mereka dilihat menikmati makan malam bersama di sebuah restoran mewah di Aspen, Colarado pada Ahad.

Lebih menguatkan andaian peminat apabila pasangan itu kelihatan mesra sambil berpegangan tangan ketika masuk ke restoran berkenaan.

Copy of Untitled (53)

Pasangan tersebut kelihatan mesra ketika masuk ke restoran tersebut.

Sumber bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan dua selebriti tersebut bukanlah pasangan kekasih seperti yang diperkatakan.

Sebaliknya, mereka kini sedang berkerjasama untuk menghasilkan sebuah projek dalam masa terdekat.

"Makan malam tersebut hanyalah dua orang rakan kerja menikmati masa rehat bersama selepas berkerja keras selama beberapa minggu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey hanya ‘mesin ATM’ buat keluarga, tak ziarah kakak sebelum meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta 7 tahun Mariah Carey dengan penari berakhir, Bryan Tanaka dedah punca perpisahan

Sebelum ini, gosip percintaan dua selebriti berkenaan mula tercetus selepas mereka dilihat meraikan perayaan Halloween bersama.

Untuk rekod, Mariah dilaporkan baru sahaja berpisah dengan kekasihnya yang juga penari latar iaitu Bryan Tanaka pada tahun lalu.

Manakalah Anderson pula membafailkan penceraian terhadao isterinya, Jae Lin selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain