PENYANYI Lyodra Ginting dan pelakon Randy Martin semakin terbuka berkongsi kisah percintaan mereka kepada umum. Walaupun masing-masing belum mengakui hubungan namun tindakan dan panggilan menunjukkan mereka seolah-olah sedang bercinta. Menerusi video yang tular di media sosial, Lyodra dikatakan memanggil Randy dengan panggilan sayang ketika dikelilingi orang ramai. Lyodra dan Randy kerap dilihat bersama. Mereka juga sering dilihat saling berpegangan tangan apabila keluar bersama-sama walaupun ketika berkerja. Malah mereka juga ada memuat naik foto bersama selain berbalas hantaran komen dengan meninggalkan panggilan sayang antara satu sama lain. Tidak hanya itu, ketika Lyodra membuat persembahan dia sempat meminta izin Randy untuk memegang tangan peminat lelakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengaku sedang bercinta dengan model lebih muda, rakan artis minta waspada takut diperguna ARTIKEL BERKAITAN: Gosip bercinta dengan jejaka 10 tahun lebih muda, peminat minta Han Ji Min segera keluarkan kenyataan rasmi Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan Randy cemburu dengan layanan yang diberi Lyodra kepada peminatnya. Pasangan ini dikatakan mula menjalinkan hubungan akrab apabila sama-sama terlibat dalam sebuah projek bersama. Hubungan tersebut bagaimanapun mendapat restu peminat yang rata-rata berharap mereka akan terus bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!