suria

7 tahun hidup dalam buangan, T.O.P anggap memalukan kembali bersama Big Bang

T.O.P tidak terfikir untuk kembali semula pada kumpulan lamannya iaitu Big Bang.

PENYANYI T.O.P sudah lama tidak berhubung dengan semua anggota Big Bang selepas dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut.

T.O.P atau Choi Seung Hyun, 38, juga tidak berniat kembali ke pangkuan Big Bang kerana ia adalah perkara memalukan selain enggan menjejaskan imej kumpulan tersebut.

"Saya tak ingat bila ia berlaku tetapi saya memang tidak pernah mengekalkan sebarang hubungan baik dengan mana-mana ahli setakat ini.

NP - 2025-01-16T124323.744

T.O.P sudah lama tidak berhubung dengan ahli kumpulan Big Bang.

"Adalah memalukan jika saya kembali ke pangkuan Big Bang sebab saya sudah buat keputusan tinggalkan kumpulan itu lama dulu.

"Saya tidak mahu menjejaskan imej kumpulan itu lagi dan keputusan itu tidak akan berubah," katanya.

Dalam pada itu, T.O.P menjelaskan ramai salah faham tentang keputusan dia meninggalkan Big Bang sehingga ada menganggap dia pengkhianat dan mementingkan diri.

Jelas T.O.P dia membuat keputusan itu disebabkan rasa bersalah yang menebal dalam diri akibat kontroversi membabitkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah puji tapi penonton benci T.O.P. dalam Squid Games 2

ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P Big Bang antara pelakon Squid Game 2, peminat mahu boikot

"Begitu banyak salah faham dan konflik timbul sebab saya tidak menyatakan dengan jelas punca saya tinggalkan Big Bang disebabkan rasa bersalah," katanya.

Sementara itu, T.O.P memberitahu sejak tujuh tahun lalu dia hidup sebagai orang buangan daripada masyarakat akibat terpalit kes dadah.

Malah sepanjang tempoh itu juga dia tinggal di studio rakaman miliknya dan menghabiskan masa dengan mencipta lagu sebagai cara meluahkan perasaan.

NP - 2025-01-16T124425.682

T.O.P akui jejaskan imej Big Bang.

"Saya menghabiskan tujuh tahun sebagai orang buangan, tinggal di studio rakaman dan memfokuskan kepada satu-satunya perkara yang boleh buat saya bernafas iaitu mencipta lagu.

"Saya rasa bertanggungjawab untuk kongsi sebahagian hasil kerja saya dengan peminat yang masih menyokong saya.

"Saya mahu menyembuhkan diri saya melalui muzik dan berkongsinya dengan peminat," ujarnya.

Pada 2017, T.O.P dihukum penjara selama 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah sebelum mengumumkan persaraan daripada dunia seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain