suria

Lee Se Young nampak tak selesa dipeluk pelakon senior, netizen anggap itu gangguan seksual

Riak wajah Se Young jadi bualan netizen.

AKSI mesra pelakon senior Choi Min Soo terhadap Lee Se Young ketika sidang media drama Motel California meriah perhatian ramai.

Mana tidaknya, Se Young dilihat tidak selesa apabila pelakon senior berkenaan menggosok dan mengenggam erat lengannya.

Kejadian itu berlaku semasa mereka mula mengambil gambar dengan beberapa gaya comel bersama.

lee 1

Se Young dan Min Soo terlihat mesra di beberapa foto lain.

Menerusi video yang tular, riak wajah Se Young terlihat kaku dan memberi senyum ketat kepada kamera selepas dirinya dipelakukan sedemikian di hadapan khalayak.

Perkara itu mencetuskan pendebatan netizen yang rata-rata merasakan tindakan pelakon senior itu agak biadap dan tidak menghormati wanita.

Malah mereka juga mendakwa Se Young menerima gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Se Young dedah ibu tak pernah ambil duit bayaran sebagai pelakon... Siap ajar cara semak akaun bank sejak kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Se Young Mohon Maaf Sentuh Kemaluan Rakan Artis

Namun ada juga yang menganggap tindakan itu hanyalah sekadar seorang bapa kepada anaknya.

"Dia tak selesa! Ini gangguan seksual.

"Min Soo hanya bersikap seperti bapa kepada anaknya, dia pun ada keluarga sendiri," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain