suria

Baru sebulan bersalin tapi Nikita Willy selamba duduk bersila... Peminat pula risau terasa ngilu

Tindakan Nikita (kiri) duduk bersila mengundang rasa kurang senang netizen.

TINDAKAN pelakon Nikita Willy duduk bersila selepas sebulan melahirkan cahaya mata kedua mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Nikita atau Nikita Purnama Willy, 31, dilihat secara santai duduk bersila ketika menggerakkan kaki bayi lelakinya iaitu Nael Idrissa Djokosoetono.

Bagaimanapun, tindakan Nikita itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak senang melihat cara duduk aktres berkenaan.

nikita - 1

Nikita melahirkan Nael menggunakan teknik bersalin dalam air.

Menurut mereka, cara duduk tersebut jarang dilakukan oleh ibu yang baru sahaja melahirkan anak kerana boleh menyebabkan rasa ngilu.

"Kalau di kampung saya, selepas melahirkan anak tak boleh duduk seperti itu (bersila), hebat ya Nikiti nampak sihat sangat.

"Pengalaman saya pertama kali melahirkan anak, rasa ngilunya selama sebulan," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy lahirkan anak kedua, guna kaedah bersalin dalam air... Pilih nama Nael Idrissa Djokosoetono

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah pegang penyapu sejak kecil, Nikita Willy masuk kelas pengurusan rumah tangga

Pada 15 Disember tahun lalu, Nikita selamat melahirkan cahaya mata kedua di Amerika Syarikat.

Aktres berkenaan dipercayai melahirkan anak keduanya itu di kediaman mereka menggunakan teknik bersalin dalam air.

Untuk rekod, Nikita berkahwin dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Issa Xander Djokosoetono, 3, yang dilahirkan di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.

Walaupun tidak menetap di Amerika namun pelakon itu memilih bersalin di luar negara kerana ingin belajar lebih peka dalam menjadi ibu bapa lebih baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain