suria

Pelakon ‘Meteor Garden’ Barbie Hsu meninggal dunia selepas pulang bercuti dari Jepun

Barbie meninggal dunia pada usia 48 tahun.

PELAKON Taiwan, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia selepas dijangkiti selesema ketika meraikan Tahun Baharu Cina di Jepun.

Berita duka itu dikongsi oleh adik perempuannya iaitu pengacara Dee Hsu, 46, yang menyifatkan pemergian kakaknya itu adalah satu kehilangan besar buat keluarga.

"Terima kasih atas keprihatinan semua. Sewaktu Tahun Baharu Cina, kami sekeluarga pergi ke Jepun untuk bercuti dan kakak saya (Barbie) menghidap radang paru-paru berkaitan influenza dan telah meninggalkan kami.

barbie - 1

Barbie (tengah) bersama kumpulan F4 membintangi drama Meteor Garden.

"Saya bersyukur selama ini kami saling menjaga satu sama lain, saya sangat berterima kasih kepadanya dan akan sentiasa mengingatinya (Barbie)," ujarnya.

Barbie atau nama sebenarnya Barbara Hsu, 48, pernah popular menerusi watak Dong Shancai dalam drama Meteor Garden pada 2001.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Jae meninggal dunia mengejut di China

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem ‘Miracle in Cell No. 7’ Lee Yoon Hee meninggal dunia

Antara drama lain yang pernah dibintangi Barbie termasuk Mars, Summer's Desire dan Corner With Love.

Barbie meninggalkan suaminya iaitu penyanyi Korea, DJ Koo Jun Yup dan seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

Aktres berkenaan turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan Bersama bekas suaminya, usahawan dari Cina, Wang Xiaofei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain