suria

Tewaskan Taylor Swift, Beyonce cipta sejarah akhirnya menang Album Terbaik di Anugerah Grammy

Beyonce berjaya bawa pulang tiga kategori pada Anugerah Grammy edisi 67.

PENYANYI Beyonce melakar sejarah tersendiri selepas memenangi kategori Album Terbaik buat kali pertama pada Anugerah Grammy ke-67 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Ahad.

Beyonce, 44, menewaskan tujuh lagi calon lain iaitu Taylor Swift, Charli XCX, Jacob Collier, Billie Eilish, Chappell Roan, André 300 dan Sabrina Carpenter.

Dalam ucapannya, Beyonce berbesar hati menerima anugerah tersebut selepas bertahun-tahun mencuba nasib.

NP - 2025-02-03T134015.990

Taylor menyampaikan anugerah Album Country Terbaik kepada Beyonce.

Malah penyanyi itu mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja belakang tabir yang membantunya menghasilkan album Cowboy Carter.

"Saya berasa sangat berbesar hati menerima anugerah ini. Sudah bertahun-tahun akhirnya berjaya saya miliki.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Grammys, setiap penulis lagu, setiap kolaborator, setiap penerbit untuk segala kerja keras yang sudah diberikan," katanya ketika berucap di atas pentas.

Tidak hanya itu, Beyonce turut bawa pulang anugerah bagi kategori Album Country Terbaik dan Persembahan Duo atau Berkumpulan Terbaik bersama Miley Cyrus menerusi lagu II Most Wanted.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat jemputan, Kanye West dihalau dari Anugerah Grammy... Bianca Censori berani tampil separuh bogel

ARTIKEL BERKAITAN: Album ‘country’ Beyonce tak dapat pencalonan di CMA, peminat tuduh juri bersifat perkauman

Dalam pada itu, Beyonce mendahului pencalonan dengan 11 kategori, diikuti oleh Billie Eilish, Kendrick Lamar, Post Malone serta Charli XCX masing-masing tujuh.

Sementara Taylor Swift, Sabrina Carpenter dan Chappell Roan mempunyai enam pencalonan.

Untuk rekod, pada 2023, Beyonce menjadi artis paling banyak dianugerahkan dalam sejarah Grammy, dengan 32 kemenangan, mengatasi mendiang konduktor Georg Solti untuk rekod sepanjang zaman.

Anugerah Grammy 2025 kali ini dihoskan oleh pengacara Trevor Noah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain