suria

Dah 10 tahun bercinta tapi Kim Woo Bin dan Shin Min Ah belum ada perancangan kahwin

Kim Woo Bin belum bersedia nak berkahwin.

SUDAH 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Kim Woo Bin memberitahu dia belum berhasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Meskipun hubungannya dengan aktres Shin Min Ah tidak mempunyai masalah, Woo Bin, 36, bagaimanapun mendedahkan masing-masing belum ada kata sepakat untuk berkahwin.

553

Woo Bin belum ada hasrat berkahwin walaupun 10 tahun bercinta.

"Saya memang tiada perancangan untuk berkahwin tahun baru ini.

"Ya saya memang ada kenal dengan seseorang personaliti," kata Kim Woo.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Woo Bin kongsi perjuangan lawan kanser... Doktor ramal hidup cuma 6 bulan sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dating di butik pakaian, peminat buat spekulasi bercuti sama di Jepun

Dia berkongsi perkara itu ketika menjadi salah seorang tetamu untuk satu sesi temu bual program televisyen Handsome Guys.

Kenyataan yang dibuat pelakon Officer Black Belt itu sekaligus membuat ramai netizen tertanya-tanya mengenai status hubungan pasangan itu.

Malah ada yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat mereka berkahwin kerana sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain