suria

Tak dapat jemputan, Kanye West dihalau dari Anugerah Grammy... Bianca Censori berani tampil separuh bogel

Kanye dan isteri dihalau dari menghadiri Anugerah Grammy 2025.

PENYANYI rap Kanye West dan isterinya iaitu Bianca Censori didakwa dihalau keluar daripada menghadiri Anugerah Grammy yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Ahad.

Mirror melaporkan, sumber mendakwa pasangan selebriti itu diiringi keluar daripada majlis kerana dipercayai tidak diundang.

Terdapat juga andaian mengatakan penampilan Bianca yang terlalu mencolok mata menyebabkan kedua-dua mereka dihalau daripada menghadiri acara tersebut.

Penampilan Bianca (kiri) turut mendapat perhatian ramai.

Penampilan Bianca (kiri) turut mendapat perhatian ramai.

Kanye tampil ringkas dengan persalinan serba hitam, namun isterinya menggayakan kot rona hitam berbulu dan menanggalkannya sebaik berjalan di karpet merah untuk merakamkan foto.

Foto yang dikongsi dari acara karpet merah itu jelas menunjukkan isteri kepada penyanyi rap berkenaan berpenampilan separuh bogel.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu dakwa mangsa gangguan seksual Kanye West, diberi bahan terlarang ketika hadir parti P. Diddy

ARTIKEL BERKAITAN: Model dakwa mangsa serangan seksual Kanye West, dicekik ketika penggambaran MV

Difahamkan, ini merupakan kemunculan pertama Kanye selepas 10 tahun tidak menghadirkan diri di Anugerah Grammy.

Kali terakhir penyanyi lagu Praise God ini memenangi dua anugerah di Grammy pada 2022 menerusi kategori Lagu Rap Terbaik dan Persembahan Rap Melodik Terbaik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain