suria

Nikita Willy tak pernah kentut depan suami, sanggup lari ke bilik air

Nikita dedah tidak pernah kentut di hadapan suami.

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nikita Willy mendedahkan dia tidak pernah kentut di hadapan suaminya iaitu Indra Priawan.

Cerita Nikita atau Nikita Purnama Willy, 31, dia akan pergi ke bilik air untuk membuang angin kerana tidak mahu suaminya mendengar atau menyedari perbuatannya itu.

"Sehingga kini dia (Indra) tidak pernah mendengar saya kentut. Saya selalu kentut dalam bilik air.

Untitled design (3)

Nikita akui kentutnya mahal untuk suaminya dengar.

"Saya tidak pernah kentut. Saya tidak mahu kentut saya terkeluar di hadapan Indra. Kentut saya mahal," katanya.

Dalam pada itu, peminat bersetuju dengan Nikita di mana kentut di hadapan orang bukanlah sesuatu yang lucu, sebaliknya dianggap sebagai perbuatan biadab.

"Perkara itu juga berlaku kepada saya. Saya tidak boleh kentut di hadapan pasangan sehingga sekarang. Saya malu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy lahirkan anak kedua, guna kaedah bersalin dalam air... Pilih nama Nael Idrissa Djokosoetono

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan bersalin tapi Nikita Willy selamba duduk bersila... Peminat pula risau terasa ngilu

"Memang seharusnya begitu, sangat tidak sopan jika kita kentut di hadapan orang lain. Ia bukan perkara yang lucu," komen netizen.

Untuk rekod, Nikita dan Indra mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Issa Xander Djokosoetono, 3 dan Nael Idrissa Djokosoetono yang kini berusia sebulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain