suria

Gara-gara seekor serangga, Song Ji Hyo pergi balai polis minta bantuan

Ji Hyo akan cemas walaupun dengan serangga kecil.

GARA-GARA seekor serangga, pelakon Song Ji Hyo bekejar ke balai polis bagi menyelamatkan dirinya.

Cerita Ji Hyo, 43, ketika itu dia sedang memandu dan tanpa sengaja terdapat seekor serangga yang agak besar masuk ke dalam keretanya.

Kata Ji Hyo dia terlalu cemas sehingga memaksanya singgah ke balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

ji hyo 2

Ji Hyo sememangnya trauma dengan serangga sejak kecil.

"Saya sedang memandu dan membuka bumbung kereta, kemudian sesuatu jatuh ke dalam.

"Saya melihat dan ternampak seekor serangga besar.

"Saya sangat terkejut sehingga tak mampu untuk melihat. Saya hanya memandu terus, dan ada balai polis yang terletak 50 meter di hadapan," katanya.

Ji Hyo berkongsi perkara itu semasa hadir menjadi tetamu rancangan Body Cam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes pakaian dalam Song Ji Hyo tak menjadi, hanya terima dua ‘order’ sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup kepala pakai kain... Peminat usik Song Ji Hyo cantik macam bertudung

Katanya, pegawai polis yang membantunya turut meluahkan rasa takut serta teragak-agak untuk mengambil serangga tersebut.

Ji Hyo sebelum ini mendedahkan dirinya mempunyai trauma terhadap serangga gara-gara kejadian semasa kecil.

Difahamkan ketika itu dia tidak dapat melarikan diri selepas terlihat dua serangga besar merangkak ke arahnya sekali gus memberi kesan trauma kepadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain