TATKALA hubungan rumah tangga kini sedang bergolak, pasangan pelakon Baim Wong dan Paula Venhoeven dilihat masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.
Melupakan seketika kemelut yang berlaku, Baim sempat meluangkan masa bersama Paula dan dua anak mereka menyambut Tahun Baharu Cina pada Januari lalu.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Baim, 44, dia dan Paula kelihatan gembira merakamkan kenangan kenangan bersama dua anak mereka iaitu Kiano dan Kenzo.
Baim dan Paula ceria bersama anak mereka.
"Perkara paling utama adalah kebahagiaan anak-anak. Apapun yang terjadi, mereka tetap mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapa," ujarnya.
Malah Baim turut menggunakan tangga pagar #familyfirst dan #untukkianokenzo pada perkongsian tersebut.
Kisah rumah tangga Baim mula menjadi bualan selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baim Wong masih berhubung dengan isteri, kejujuran ‘kunci’ hala tuju rumah tangga dengan Paula Verheoven
ARTIKEL BERKAITAN: Hadir setiap perbicaraan kes cerai, Baim Wong tolak dakwaan halang Paula jumpa anak
Sebutan kes mereka kini masih sedang berjalan di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia.
Sementara itu dalam perkembangan lain, peguam kepada Baim iaitu Fahmi Bachmid sekali lagi menegaskan pihaknya tidak pernah menghalang Paula untuk bertemu anak-anak.
Malah dia juga meminta Paula tidak menjadikan anak-anak sebagai mangsa dalam kemelut yang sedang berlaku.
"Jangan jadikan anak-anak sebagai objek perdebatan. Jika sayangkan anak-anak lakukan yang seharusnya dibuat," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!