PELAKON Vicky Kaushal tidak menyangka isterinya iaitu Katrina Kaif menyukai penampilannya dengan jambang.
Kata Vicky, 37, Katrina turut melarangnya mencukur jambang tersebut kerana merasakan dia lebih tampan dengan wajah berjambang.
“Dia benar-benar menyukai penampilan saya dengan berjambang.
Katrina melarang Vicky mencukur jambangnya.
“Dia malah tak mengizinkan saya mencukur jambang dan mahu saya mengekalkan dengan imej tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon itu menjelaskan dia menyimpan jambang tersebut bagi memenuhi wataknya dalam filem Chhaava.
Bagaimanapun sejak itu, isterinya mula jatuh hati dengan imej tersebut dan meminta dia mengekalkan gaya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Katrina Kaif, Vicky Kaushal disatukan dalam majlis mewah, cincin kahwin bernilai RM41,000 jadi tumpuan
ARTIKEL BERKAITAN: Untung Katrina Kaif! Dapat hadiah kahwin Range Rover bernilai hampir RM1.7 juta daripada Salman Khan
“Selepas penggambaran selesai, dia ada bertanya kenapa penggambaran tamat dengan cepat?
"Dia suruh saya terus berlakon agar saya dapat mengekalkan jambang ini,” ujarnya.
Untuk rekod, Vicky dan Katrina mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!