suria

Kekasih Selena Gomez letak sos keju dalam tab mandi, kejutan sempena Hari Kekasih

Peminat ternanti reaksi Selena selepas melihat kejutan berkenaan.

KISAH percintaan penyanyi Selena Gomez dan penerbit Benny Blanco kerap kali mengundang rasa kurang senang warganet.

Terbaharu, Benny, 36, sekali lagi mendapat kecaman netizen apabila melakukan kejutan buat Selena bersempena Hari Kekasih pada 14 Februari.

Menerusi perkongsian di Instagram, Benny dilihat menyusun kepingan nachos di atas lantai bilik tidur menuju ke bilik air bersama luahan cinta terhadap Selena.

Kejutan Benny buat Selena sempena Hari Kekasih.

Kejutan Benny buat Selena sempena Hari Kekasih.

Kejutan itu tidak terhenti di situ apabila Benny turut mengisi pencicah nachos iaitu sos keju di dalam tab mandi.

Benny juga menyediakan semanguk nachos untuk dicicah bersama sos keju tersebut.

Malah tanpa ragu Benny turut mencelup nachos ke dalam sos keju tersebut sebelum memakannya dengan penuh berselera.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun jalin hubungan cinta, Selena Gomez dan Benny Blanco bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk senarai ‘Lelaki Paling Seksi 2024’, kekasih Selena Gomez mengaku jarang mandi

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata loya dengan sikap pengotor Benny.

"Pengotor! Tak terbayang kalau ada kotoran tersekat di tab mandi itu.

"Malang siapa yang akan membersihkan tab tersebut!," antara komen netizen.

Pada Disember 2024, Benny dan Selena akhirnya bertunang selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain