PENYANYI Mahalini selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Sabtu.
Khabar itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Rizky Febian, 26, menerusi Instagram miliknya.
Mahalini, 24, dan suami juga sepakat memilih nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian buat puteri sulung mereka.
Mahalini dan Febian kongsi detik manis di bilik bersalin.
"Telah lahir buah hati kami Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian, dengan selmat dan sihat pada 15 Februari.
"Selamat datang bintang kecil," katanya.
Menerusi hantaran tersebut, Rikzy juga memuat naik beberapa foto Mahalini berada di bilik bersalin.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nikah semula, Mahalini umum hamil anak pertama
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini minta maaf kalau ada salah, bimbang tak jumpa lagi tahun depan
Dalam pada itu, Rikzy juga berharap anak sulungnya itu akan membesar menjadi insan berguna.
"Semoga kelak menjadi anak yang berbakti, solehah dan memberi berkat untuk banyak orang.
"Mohon doa semua," luahnya.
Mahalini terlihat tenang semasa di bilik bersalin.
Untuk rekod, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.
Pasangan ini kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!