suria

Park Bom 2NE1 sekali lagi dakwa Lee Min Ho suaminya, netizen minta jumpa psikiatri

Park Bom tak serik muat naik foto bersama Lee Min Ho.

AHLI kumpulan 2NE1 iaitu Park Bom kembali mencetuskan kontroversi selepas mendakwa aktor Lee Min Ho adalah suaminya.

Bagi menguatkan dakwaannya itu, Bom turut memuat naik foto kolaj bersama Min Ho di laman sosialnya.

Bagaimanapun pihak pengurusan Bom bertindak menurunkan hantaran dibuat penyanyi itu selepas peminat mula menyerangnya.

NP - 2025-02-16T155059.979

Perkongsian Park di Instagram cetus rasa kurang senang peminat.

Wakil syarikat berkenaan dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan Bom itu disebabkan dia terlalu meminati Min Ho.

“Berhubung kes di Instagram Bom, ia adalah ruang peribadi artis, jadi sukar untuk kami mengesahkan dakwaan dibuat.

“Bagaimanapun berdasarkan kejadian sebelum ini, kami faham ia berlaku kerana dia adalah peminat Lee Min Ho,” kata wakil syarikat tersebut.

Namun sejurus selepas hantaran itu dipadam, Bom kembali memuat naik foto kolaj sama di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik mendadak, YouTuber dakwa Park Bom 2NE1 derita ADD

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan penampilan baharu... agensi nafi Park Bom jalani pembedahan plastik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah mula muak dengan sikap Bom dan merasakan sudah tiba masanya dia melakukan pemeriksaan berhubung kesihatan mentalnya di hospital.

“Tidak bolehkah agensi melakukan sesuatu tentang perkara ini? Pada ketika ini, dia sudah menjatuhkan imej orang lain.

“Saya rasa Bom benar-benar memerlukan rawatan kesihatan mental,” komen netizen.

Bagaimanapun berdasarkan kejadian sebelum ini, kami faham ia berlaku kerana dia adalah peminat Lee Min Ho.

AGENSI PARK BOM

Sebelum ini, Park sudah beberapa kali memuat naik foto kolaj bersama Min Ho dan mendakwa pelakon itu suaminya.

Masalah mental Bom sering kali menjadi perdebatan apabila penyanyi itu dilaporkan berdepan masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

Malah sering menunjukkan sikap dan perilaku pelik sehingga membuatkan ramai bimbang dengan kesihatan mentalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain