SELEPAS dua tahun hubungan mereka bermasalah, pelakon Nikita Mirzani dan anak perempuannya kembali pulih apabila mereka memilih berdamai.
Nikita, 38, baru-baru ini bertemu dan dilihat memeluk erat anak perempuannya iaitu Lolly bagi melepaskan rasa rindu terhadapnya.
Malah Lolly atau Laura Meizani, 17, juga dilihat gembira saat bertemu dan memeluk erat ibu dan dua orang adiknya.
Lolly teruja bertemu kembali dengan dua adik lelakinya.
Momen menyentuh hati itu dikongsi oleh pembantu peribadi Nikita menerusi Instastory miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Lolly juga dilihat berseri dan semakin sihat selepas menerima rawatan perubatan daripada saudara terdekatnya.
Pertemuan itu terjadi selepas teman lelaki Lolly iaitu Vadel Badjideh ditahan pihak berkuasa dan akan dituduh di mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.
Tidak hanya itu, Vadel turut berdepan tuduhan memaksa Lolly menggugurkan kandungan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani luah hasrat hamil lagi, mahu anak jadi pengganti Lolly
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani bengang dituduh sebilik dengan kekasih, bercuti bawa anak dan rakan-rakan
Pada 19 September tahun lalu, Nikita nekad menghantar Lolly ke pusat pemulihan berkenaan selepas ‘menangkap’ remaja itu di rumah sewanya di Jakarta.
Ia susulan bagi menyelamatkan Lolly daripada Vadel yang didakwa pernah menghamilkan remaja itu sebanyak dua kali dan memaksanya melakukan pengguguran.
Untuk rekod, Lolly adalah anak hasil perkahwinan pertama Nikita dengan Aizawa Nasseru pada 2006.
Lolly sebelum ini pernah lari meninggalkan rumah kerana Vadel.
Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan lagi ada kaitan dengannya.
Pergaduhan dua beranak ini dikatakan berpunca selepas Nikita bercerai dengan bekas suaminya yang keempat iaitu Antonio Dedola.
Lolly dikatakan berang dengan penceraian itu dan memilih membela bekas bapa tirinya sehingga mengguris hati Nikita.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!