ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jennie tidak berhasrat untuk berkecimpung secara aktif dalam dunia lakonan buat masa ini.
Menurut Jennie, 29, dia mahu memberikan tumpuan penuh terhadap karier muzik khususnya dalam menghasilkan album solo terbaharu.
"Jika awak menjangkakan untuk melihat lakonan saya dalam masa terdekat, sudah tentu ya.
Album 'Ruby' bakal dilancarkan pada Jumaat ini.
"Tetapi sekarang saya hanya mahu fokus pada album saya sahaja," katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Solo itu tidak menolak kemungkinan untuk berlakon suatu hari nanti memandangkan minatnya yang mendalam terhadap dunia perfileman.
Meskipun sibuk dengan persiapan album, Jennie tidak menafikan bahawa keinginan untuk berlakon tetap ada dalam dirinya dan berharap dapat merealisasikannya apabila tiba waktu yang sesuai.
ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jennie Blackpink tukar imej rambut ‘blonde’, peminat kata tak sesuai nampak palsu
ARTIKEL BERKAITAN: Anggap isu hisap vape perkara kecil, peminat di Korea kesal dengan Jennie Blackpink
"Saya sangat suka menonton filem dan befikir bagaimana rasanya jika saya yang melakonkan sesuatu watak itu.
"Sejujurnya, sejak setahun lalu saya sangat tertumpu untuk mendapat inspirasi bagi album saya sehingga saya tidak memiliki tenaga untuk berlakon," ujarnya.
Sekadar info, Jennie bakal melancarkan album solo terbaharunya berjudul 'Ruby' pada 7 Mac ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!