suria

Lebih tenang apabila berhijab, Kimberly Ryder sedang dalam proses menutup aurat

Kimberly akui lebih tenang jika menutup aurat dengan sempurna.

PELAKON Indonesia Kimberly Ryder merasakan dirinya lebih tenang dan berada dalam baik apabila menutup aurat dengan sempurna.  

Menurut Kimberly Alvionella Ryder, 32, dia kini dalam proses untuk berpakaian lebih sopan dan berhijab secara perlahan-lahan.  

"Saya cuba untuk memakai pakaian yang lebih tertutup dan mengenakan tudung sedikit demi sedikit.

Kimberly (kanan) berhasrat untuk berhijrah.

"Mungkin saya berasa lebih cantik apabila bertudung dan lebih selesa kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang rambut," katanya.  

Dalam pada itu, Kimberly memberitahu hasratnya untuk berhijab adalah satu keputusan peribadi yang ingin dilaksanakannya pada masa hadapan. 

Tambahnya, keputusan itu dibuat tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak bagi pantang selepas bersalin anak pertama, Kimberly terkejut tiga bulan hamil lagi

ARTIKEL BERKAITAN: 

"Saya perlu menetapkan niat dan pemikiran ini untuk masa hadapan.  

"Alhamdulillah, pengajian agama yang saya hadiri tidak terlalu tegas, sesuai untuk individu seperti saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain