suria

Rumah dinaiki air, Baim Wong tetap berselera makan nasi goreng

Kesian Baim Wong rumah dinaiki air sebab banjir baru-baru ini.

KEDATANGAN bulan Ramadan tahun ini memberi cabaran buat pelakon Baim Wong apabila rumahnya di Tanah Kusir, Jakarta Selatan dinaiki air.

Namun musibah itu bukan alasan buat Baim, 44, menjalani ibadah puasa seperti biasa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Baim dilihat tetap menikmati nasi goreng dengan penuh selera sambil menunjukkan lantai rumahnya dinaiki air.

Baim Wong tetap tenang hadapi musibah banjir.

Sebaliknya kata Baim, satu-satunya perbezaan dirasakan adalah kuantiti nasi gorengnya yang tidak mencukupi. 

"Rasanya ada yang berbeza, mungkin nasi gorengnya kurang banyak," tulis Baim dalam video tersebut.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis seperti Luna Maya juga terkejut melihat keadaan Baim dan keluarga kerana mampu tenang meskipun dilanda musibah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong didakwa lakukan keganasan rumah tangga, Paula Verhoevan bawa saksi ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong dan Paula sambut Tahun Baharu Cina bersama, tak mahu anak hilang kasih sayang

Menurut Baim, kawasan rumahnya mudah ditenggalami air terutamanya bila hujan tidak berhenti selama beberapa hari.

“Hah macam mana boleh banjir ni Baim,” komen Luna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain