TIDAK sampai sebulan namanya tercalar akibat tuduhan memalsukan dokumen kesihatan, pelakon Taiwan Darren Wang berdepan satu lagi dakwaan jenayah.
Kali ini pelakon berusia 33 tahun itu didakwa melakukan kekerasan terhadap seorang pemandu kereta sewa dalam satu kejadian pada April tahun lalu.
Tidak cukup itu, Darren turut didakwa membuat ugutan bunuh terhadap pemandu kereta berkenaan.
Kes lama Darren kini dalam siasatan polis.
Kejadian dikatakan berpunca apabila Darren tidak berpuas hati dengan jenis kenderaan yang dipandu lelaki terbabit yang tidak sesuai dengan seleranya.
Pelakon itu dikatakan naik hantu apabila pemandu itu turut menggunakan laluan lain dan bukannya mengikuti pelan menerusi aplikasi penunjuk arah jalan.
Malah Darren juga turut menghubungi seorang lagi rakannya untuk menyerang pemandu berkenaan.
Bukti keganasan yang dilakukan Darren terbongkar ketika pihak polis sedang menyiasat telefon miliknya susulan terkait dengan tuduhan memalsukan dokumen.
ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink tak terfikir aktif lakonan, mahu beri tumpuan dunia muzik
ARTIKEL BERKAITAN: Tak berdiam diri, kali ini Jay-Z pula saman wanita tuduh dirinya lakukan serangan seksual
Darren dituduh melakukan perkara itu kerana mahu mengelak terlibat dengan latihan ketenteraan ditetap kerajaan Taiwan.
Pelakon itu mendakwa dia tidak boleh menjalani latihan tersebut kerana mengalami masalah kesihatan.
Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!