suria

Muncul foto cium pipi Kim Sae Ron, peminat panggil Kim Soo Hyun penipu

Soo Hyun (kiri) sekali lagi menafikan dakwaan berhubung skandal dengan mendiang Sae Ron.

TIDAK lama selepas menyangkal pernah bercinta dengan Kim Sae Ron, muncul pula foto pelakon Kim Soo Hyun mencium pipi aktres berkenaan yang sedang tular di media sosial.

Pendedahan dibuat saluran YouTube milik Garosero Research Institute mendakwa foto Sae Ron yang diambil ketika usianya 16 tahun dan gambar mesra tersebut adalah bukti mereka mempunyai hubungan romantik. 

Dalam reaksi segera, agensi pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist menafikan perkara itu dan menganggap foto tular itu tidak lebih sekadar dua individu bersentuhan pipi. 

Netizen bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan kerana jelas menunjukkan pelakon drama Queen Of Tears itu mencium pipi Sae Ron. 

Foto Soo Hyun mencium Sae Ron sudah tular di media sosial.

Foto Soo Hyun mencium Sae Ron sudah tular di media sosial.

"Habislah dia (Soo Hyun), sikap berbohong lebih teruk daripada bercinta dengan remaja bawah umur.

"Tidak ada alasan lagi, tiada lagi cara untuk dia (Soo Hyun) mempertahankan dirinya," tulis netizen. 

Tidak hanya itu, Garosero turut mendedahkan tangkap layer mesej yang didakwa ditulis oleh Sae Ron kepada Soo Hyun. 

Dalam mesej itu Sae Ron merayu kepada Soo Hyun agar diberi masa menyelesaikan hutang sebanyak 700 juta KRW atau RM2.1 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau tuduh Kim Soo Hyun jalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron, agensi bakal ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sae Ron ditemukan mati di rumah, tiada sebarang unsur jenayah  

Sae Ron turut memberitahu aktor tersebut dia mendapat notis undang-undang dan berjanji akan membayar secara ansuran selepas menerima tawaran berlakon.

Bagaimanapun Soo Hyun tidak membalas mesej tersebut. 

"Soo Hyun, ini saya Sae Ron. Saya mendapat notis undang-undang. Awak cakap akan beri masa yang secukupnya, jadi saya berusaha untuk membayar balik hutang sedikit demi sedikit daripada projek yang saya terima. 

"Saya tidak menolak untuk membayar tetapi jika awak menuntut sebanyak 700 juta KRW sekali gus, saya tidak boleh melakukannya. 

"Adakah ia benar-benar perlu dibawa ke mahkamah? Tolong, beri saya sedikit masa," katanya. 

Sebelum ini, menerusi strim secara langsung di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang aktres itu berusia 15 tahun.

Soo Hyun terpalit kontroversi mencalarkan reputasinya dalam industri hiburan.

Soo Hyun terpalit kontroversi mencalarkan reputasinya dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, Gold Medalist menafikan dakwaan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut. 

Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan. 

Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang bertemu mendiang.

Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain