suria

‘Si kumis’ warning cari wanita lain, Inul Daratista tak jadi buat pembedahan plastik

Suami larang Inul buat pembedahan kosmetik.

PENYANYI Inul Daratista pernah terfikir melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan gara-gara terpengaruh dengan rakan artis lain.

Inul, 46, bagaimanapun membatalkan niat tersebut selepas terkesan mendengar kata-kata sinis suaminya sendiri iaitu Adam Suseno.

Jelas Inul, Adam berseloroh mahu mencari wanita lebih cantik tanpa sebarang pembedahan sekiranya dia tetap dengan keputusan mengubah wajah asalnya.

Inul tidak mahu ingkar pesan suami.

"Nanti selepas pulang (buat pembedahan) jangan terkejut kalau di rumah ada 'Inul' dengan wajah asal yang saya suka.

"Hidungnya tidak berubah, bibir mungil dengan mata sepet seperti yang saya suka," katanya mengulang kembali ayat suami kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia perkahwinan dah masuk 30 tahun... Inul Daratista bertambah obses dengan suami, katanya semakin kelakar

ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista keluar rumah bawa duit ‘juta-juta’, buat sedekah kalau jumpa orang susah

Dalam pada itu, Inul memberitahu sebelum ini dia sudah mengosongkan jadual kerja supaya boleh berangkat ke Seoul untuk melakukan pembedahan plastik.

Namun mengubah keputusan itu sebelum Adam mengeluarkan kata-kata yang menyentap hatinya ketika meminta izin daripada suaminya.

"Ada keinginan hendak melakukan pembedahan plastik tapi takut pada akhirnya si 'kumis' tak reda. Lebih baik tak buat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain