PENYANYI Bollywood iaitu Neha Kakkar menerima kecaman teruk peminat susulan kelewatan muncul dalam konsertnya yang berlangsung di Melbourne, Australia pada Ahad lalu.
Bukan sekejap, tetapi penonton yang hadir terpaksa menunggu lebih tiga jam sebelum penyanyi itu tampil di atas pentas.
Lebih mengecewakan lagi Neha hanya menyanyi dalam tempoh sejam untuk cara berkenaan.
Neha ketika konsert di Sydney sebelum ke Melbourne.
Video konsert tersebut mula menjadi tular di media sosial dan jelas kedengaran suara peminat yang kurang berpuas hati terhadap Neha.
Ada yang menjerit meminta dia pulang terus ke hotel selain mengatakan penyanyi itu tidak menghormati peminat.
Neha yang muncul di atas pentas ketika itu memohon maaf sambil menangis menyesali kesalahaan sendiri.
"Anda sangat baik hati. Saya tidak suka buat semua tertunggu. Saya minta maaf dan akan kenang acara malam ini," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dedah Hrithik Roshan bijak tapi gagap, pernah kurung diri dalam bilik air sebab malu
ARTIKEL BERKAITAN: Bijak sorok kisah cinta, Aamir Khan akhirnya dedah identiti kekasih
Bagaimanapun permohonan maaf tersebut bagai tidak diterima dan menganggap dia sengaja berlakon bagi meraih simpati.
Beberapa hari selepas insiden berkenaan, abang kepada Neha yang dikenali sebagai Tony tampil memberi penjelasan.
Dalam satu perkongsian di Instagram Tony menyalahkan pihak penganjur kerana tidak menyediakan pengakutan serta tempat tinggal apabila adiknya itu tiba di Melbourne.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!