KELIBAT pelakon Kimberly Ryder menghabiskan masa bersama anak-anak aktor Baim Wong membuatkan ramai menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa.
Apatah lagi, Kimberly juga seorang janda manakala Baim pula sedang berdepan krisis rumah tangga dengan isterinya iaitu Paula Verhoeven.
Kimberly didakwa ada hubungan istimewa dengan Baim.
Bagaimanapun Kimberly, 32, menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Baim seperti diperkatakan.
Malah aktres itu tidak mempunyai sebarang niat menggantikan tempat Paula sebagai ibu anak-anak pasangan tersebut.
"Kami hanya meluangkan masa bersama dan itu bukan bererti kami ada hubungan cinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Kimberly Ryder mesti cuci badan sekali sehari, syak cerita tak suka mandi disebarkan adik dan bekas suami
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih tenang apabila berhijab, Kimberly Ryder sedang dalam proses menutup aurat
"Saya tidak berniat menggantikan tempat Paula. Tidak mungkin! Paula juga kawan saya," katanya.
Dalam pada itu, Kimberly tidak dapat mengawal netizen yang gemar membuat andaian tentang hubungan dia dan Baim.
"Saya tidak tahu apa difikirkan netizen sebab kami memang hanya kawan sahaja," jelasnya.
Baim dan Paula dalam proses bercerai.
Untuk rekod, Kimberly pernah berkahwin dengan pelakon Edward Akbar pada 2018 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada November tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayden Starlight, 6 dan Aisyah Moonlight, 5 tahun.
Manakala Baim dan Paula pula berkahwin pada November 2018 dan sedang dalam proses penceraian.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!