TIADA angin tiada ribut, penyanyi dan pelakon Dewi Perssik didakwa ditinggalkan teman lelakinya dikenali sebagai Rully.
Dewi bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya dia dan Rully yang juga seorang juruterbang berpisah disebabkan sudah tidak wujud persefahaman di antara mereka.
"Ramai yang tanya mana ‘pilot’? Dia saya sudah ‘terbang’ ke?
Dewi masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas kekasih.
“Tidak, bukan lari tetapi kami sudah tidak lagi mempunyai visi dan misi hidup yang sama," katanya.
Dalam pada itu, Depe memberitahu hubungannya dengan Rully masih baik malah juruterbang itu tetap membayar gaji pengawal keselamatan kediamannya.
“Hubungan cinta kami mungkin sudah berakhir tetapi kami tetap mengekalkan hubungan baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Foto dalam bilik itu fitnah, Dewi Perssik tiada hubungan dengan ‘anak ikan’... Anggap diri seperti seorang ibu
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik trauma, diganggu lelaki gatal tunjuk alat sulit depan rumah
“Sehingga ke hari ini dia masih membayar gaji pengawal keselamatan yang mengawasi rumah saya.
“Saya pun tak tahu apa maksudnya tetapi apa yang pasti kami sudah tidak ada apa-apa hubungan," ujarnya.
Pada Februari 2023, Dewi secara terbuka mendedahkan sedang hangat bercinta dengan Rully selepas lima bulan bercerai dengan Angga Wijaya.
Bagaimanapun kisah mereka sering menjadi tanda tanya ramai kerana pasangan itu jarang dilihat bersama.
Pada September tahun lalu, hubungan Dewi dan Rully dilaporkan sudah pun berakhir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!