MENERUSKAN tradisi menyambut Hari Raya Aidilfitri, penyanyi Bunga Citra Lestari seperti kebiasaan akan memasak rendang daging hasil air tangan sendiri.
Memasak lebih awal, Bunga turut menyediakan menu istimewanya itu untuk diedarkan kepada saudara-mara serta kenalan rapat.
Malah dia sendiri akan sibuk di dapur menyediakan bahan-bahan untuk memasak 12 kilogram daging.
Bunga tidak kekok di dapur menyediakan bahan memasak rendang.
"Tradisi yang tak pernah hilang setiap Ramadan, rendang daging.
"Saya cuci piring dan gaul rendang selama lapan jam. Di bantu secara bergilir-gilir oleh pembantu rumah dan rakan-rakan yang datang," katanya.
Bunga berkonsi proses seharian dia menyediakan rendang tersebut di akaun TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 bulan berambut pendek, netizen masih tak puas hati imej Bunga Citra Lestari
ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari tak mahu anak, risiko besar mengandung usia 40-an
Namun dalam video berkenaan, peminat lebih memberi tumpuan kepada tong gas digunakan oleh Bunga.
Ramai mempersoalkan tong gas berwarna merah jambu itu kerana ia biasanya diperuntukan kepada golongan miskin di Indonesia.
"Mata saya terumpu pada gas yang digunakan.
"Bunga pakai gas subsidi sedangkan dia golongan berkemampuan," komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!