PELAKON Wulan Guritno meluahkan hasrat menimang cahaya mata sebelum usinya mencecah 45 tahun.
Sedar usia tidak memihak kepadanya, Wulan, 43, sudah pun melakukan prosedur membekukan telur sebagai salah satu usaha merialisasikan impiannya itu.
"Disebabkan saya mahu menimang cahaya mata lagi sebelum umur 45 tahun, jadi saya mempunyai tempoh dua tahun lagi.
Wulan sudah melakukan prosedur pembekuan sel telur.
"Saya sudah melakukan pembekuan telur walaupun saya sudah mempunyai tiga orang anak.
"Jadi sekiranya bertemu jodoh lagi, saya memang mahu menimang cahaya mata," katanya.
Wulan berkongsi perkara itu ketika muncul dalam sesi podcast bersama Denny Sumargo yang disiarkan menerusi YouTube.
ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno jadi sasaran lelaki miang, ruang komen di IG penuh komen nakal
ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tak halang anak gadis berlakon, tapi awal-awal pesan jangan bagi malu!
Dalam pada itu, Wulan memberitahu dia tidak kisah tentang jantina cahaya matanya itu tetapi berharap dikurniakan bayi lelaki.
Bagi pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku ini, sama ada lelaki atau perempuan, cahaya mata adalah Allah SWT.
"Saya teringin nak anak lelaki, tetapi kalau dapat anak perempuan pun tak mengapalah," ujarnya.
Untuk rekod, Wulan mendirikan rumah tangga dengan Attila Syach pada 1998 namun bercerai pada 2002.
Wulan memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Shaloom Razade, 27 tahun.
Wulan bertemu jodoh dengan Adilla Dimitri pada Mac 2009 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama 12 tahun.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu London Abigail Dimitri, 15, dan Jeremiah Alric Dimitri, 14 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!