suria

Megan Fox selamat bersalin bayi perempuan

Megan dan MGK (kiri) menimang cahaya mata perempuan.

PELAKON Megan Fox selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis. 

Khabar gembira itu dikongsi oleh bekas teman lelakinya iaitu penyanyi rap Machine Gun Kelly (MGK) yang teruja menyambut kelahiran anak mereka. 

“Dia (anak) akhirnya di sini. Benih syurga kecil kami,” katanya. 

Megan melahirkan bayi perempuan pada Khamis.

Megan melahirkan bayi perempuan pada Khamis.

MGK berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam perkongsian tersebut, MGK turut memuat naik sebuah video yang memaparkan tangan mungil anaknya itu sedang menggengam jari telunjuknya. 

Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Machine Gun Kelly cuba perbaiki hubungan, Megan Fox tetap mahu berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Baru umum sedang hamil, Megan Fox tinggalkan Machine Gun Kelly

Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, Megan dilaporkan sudah berpisah dengan MGK selepas dua minggu mengumumkan kehamilannya. 

Megan sebelum ini mempunyai tiga cahaya mata lelaki perkahwinan bersama bekas suami iaitu Brian Austin Green. 

Manakala MGK memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Casie yang lahir pada Julai 2009 hasil hubungan bersama atlet bola keranjang, Emma Cannon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain