BELUM reda kontroversi membabitkan mendiang aktres Kim Sae Ron, pelakon Kim Soo Hyun sekali lagi menjadi bahan bualan netizen di media sosial.
Kali ini keluarga pelakon dan penyanyi Sulli tampil mendakwa Soo Hyun, 37, memaksa mendiang berbogel untuk melakonkan babak ranjang menerusi filem lakonan mereka berjudul Real.
Abang Sulli dalam satu kenyataan membangkitkan tiga perkara penting mengenai penggambaran filem berkenaan pada 2017.
Soo Hyun dan Sulli dalam dilem Real.
Pihak keluarga mendakwa babak ranjang di antara Sulli dan Soo Hyun pada asalnya tiada di dalam skrip namun ia diubah.
Adegan itu sepatutnya menggunakan pelakon ganti atau body double disebabkan Sulli tidak mahu berbogel namun dipaksa melakonkan adegan tersebut.
Ia selepas pelakon ganti tersebut dikatakan tidak datang ke set penggambaran kerana sedang sakit.
"Sepengetahuan kami body double disediakan untuk adegan tersebut. Mengapa pelakon itu tidak digunakan?
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun saman keluarga Kim Sae Ron, bimbang lebih banyak gambar tersebar
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Sulli dalam dokumentari sempena setahun kematiannya Oktober depan
"Pada awalnya pelakon tersebut dikatakan tidak hadir sebab sakit namun banyak bukti menyatakan dia ada di set penggambaran," katanya.
Susulan itu, keluarga mendiang menuntut Soo Hyun, 37 dan pengarah filem tersebut Lee Sa Rang tampil menjelaskan situasi sebenar.
Kedua-dua mereka merupakan pengasas bersama syarikat pengurusan Gold Medalist dan turut bertindak sebagai penerbit filem Real.
Soo Hyun dan Sa Rang diminta beri penjelasan.
Gold Medalist dalam satu kenyataan segera hanya memaklumkan akan menyiasat dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Sulli ditemukan tidak bernyawa pada Oktober 2019 di kediamannya di Seongnam, Seoul, Korea Selatan.
Sebelum kematiannya, Sulli dilaporkan mengalami masalah kemurungan selepas menjadi sasaran pembuli siber.
Kematian Sulli diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!