PELAKON Indonesia iaitu Prilly Latuconsina tidak merancang mengadakan majlis rumah terbuka seperti kebiasaan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.
Kata Prilly, tahun ini dia dan keluarga yang akan keluar untuk menziarahi saudara-mara terdekat.
Menurutnya juga dia mungkin akan berkunjung ke rumah keluarga kekasihnya.
Prilly tetap sediakan juadah istimewa di hari raya.
"Lihat sahaja nanti, tunggu saya update.
"Biasanya raya kedua saya akan adakan rumah terbuka. Tetapi tahun ini saya yang akan ziarah ke rumah orang lain," katanya.
Biarpun begitu, Prilly tidak pernah melupakan traidisi keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa di hari raya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kejar ikan lumba-lumba, Prilly Latuconsina cemas hampir tersesat di lautan
ARTIKEL BERKAITAN: Masak juadah hari raya guna gas subsidi, Prilly Latuconsina mengaku silap
Dia sendiri memasak rendang selain beberapa menu popular masyarakat Indonesia.
"Saya memang selalu masak rendang, tetapi tahun ini tidak banyak kerana tiada rumah terbuka.
"Biasanya masak di malam raya supaya hidangan tersebut lebih sedap dimakan," ujarnya
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!