ANAK lelaki Kourtney Kardashian iaitu Regin tampil bersuara mengenai dakwaan penyanyi Justin Bieber adalah bapa kandungnya.
Reign, 10, bagaimanapun menafikan perkara tersebut sebaliknya memberitahu Scott Disick adalah bapa kandungnya.
"Tidak! Bukan dia, Saya bersumpah Justin Bieber bukan ayah saya. Scotty... Scotty adalah ayah saya," katanya.
Regin akhirnya bersuara bersihkan nama Justin.
Reign mendedahkan perkara itu ketika mendapat pertanyaan peminat semasa bersiaran langsung di Instagram Scooter Jackson.
Malah Reign juga percaya ibunya tidak akan melakukan hubungan dengan remaja bawah umur.
"Saya yakin ketika saya dilahirkan Justin berusia 16 tahun dan saya percaya ibu saya tidak akan melakukan perkara itu dengannya," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pamer sikap aneh, ramai percaya Justin Bieber ambil barang terlarang
ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian risau tengok perubahan fizikal selepas bersalin, takut nak bersenam bimbang rahim jatuh
Sekadar info, Justin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Kourtney sekitar tahun 2015.
Kourtney mendedahkan dia hanya menggunakan Justin untuk membuat bekas kekasihnya cemburu.
Namun Reign dilahirkan tidak lama selepas itu sekali gus membuat orang ramai percaya kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan Justin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!