PELAKON terkenal Hollywood iaitu Val Kilmer meninggal dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat pada usia 66 tahun.
Anak perempuan mendiang iaitu Mercedes Kilmer menjelaskan punca kematian aktor itu disebabkan radang paru-paru atau pneumonia.
Mendiang cukup terkenal sekitar tahun 1990-an sebelum imejnya sebagai seorang pelakon terjejas gara-gara kontroversi pertelingkahan dengan pengarah serta aktor lain sera beberapa filem lakonannya kurang dapat sambutan.
Kilmer dikenali menerusi lakonannya dalam filem Top Gun dan Batman.
Selain itu, Kilmer juga cukup dikenali dengan sikap panas baran, mementingkan kesempurnaan dan mempunyai ego tinggi.
Pelakon itu memulakan karier filem dengan membintangi Top Secret! pada 1984 sebelum beralih ke naskhah komedi dalam Real Genius (1985).
Populariti Kilmer melonjak naik selepas bergandingan dengan pelakon Tom Cruise dalam filem Top Gun pada tahun 1986 dengan memainkan watak sebagai Tom 'Iceman' Kazansky.
ARTIKEL BERKAITAN: Val Kilmer Sangkal Derita Akibat Kanser Tekak
ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise Sahkan Penerbitan 'Top Gun 2'
Beberapa dekad kemudian dia muncul sekali lagi bersama Cruise dalam sekuel Top Gun: Maverick (2022).
Pada 1995, Kilmer mencipta dua kejayaan komersial iaitu berlakon bersama Al Pacino dan Robert De Niro dalam drama jenayah Heat.
Malah mendiang menggantikan pelakon Michael Keaton sebagai Batman dalam Batman Forever iaitu siri ketiga dalam francais filem adiwira berkenaan.
Kilmer meninggal dunia akibat pneumonia.
Batman Forever menerima sambutan hambar daripada pengkritik dan filem itu lebih banyak menonjolkan Tommy Lee Jones dan Jim Carrey sebelum Kilmer menarik diri daripada filem Batman seterusnya.
Untuk rekod, mendiang berkahwin dengan pelakon dari Britain iaitu Joanne Whalley pada tahun 1988 sebelum bercerai pada 1996.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Jack Kilmer dan Mercedes Kilmer.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!