suria

Makin kurus! Meghan Trainor ambil suntikan percepat proses kuruskan badan

Meghan dipuji semakin kurus daripada sebelum ini.

PENAMPILAN penyanyi Meghan Trainor yang dilihat semakin kurus selepas bersalin anak kedua menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Berkongsi mengenai perubahan dilakukan, Meghan tanpa berselindung memberitahu selain menjaga pemakanan dan bersenam dia turut mengambil suntikan bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

"Saya dalam perjalanan menjadi versi diri lebih sihat dan kuat untuk anak-anak-anak saya dan diri sendiri. 

Meghan ambil suntikan turunkan berat badan.

"Saya dibantu dengan nasihat pakar diet dan mula bersenam dengan jurulatih peribadi.

"Saya menggunakan sains dan sokongan (terima kasih kepada Mounjaro!) membantu saya selepas kehamilan kedua saya," katanya.

Meghan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun, Meghan kecewa apabila peminat lebih berminat mengetahui perbezaan fizikalnya berbanding kejayaan dalam bidang muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat Meghan Trainor sombong, rupanya susah senyum sebab suntikan botoks

ARTIKEL BERKAITAN: Meghan Trainor timang anak kedua, bersalin tarikh sama kenal suami 7 tahun lalu

"Saya berbesar hati kerana diiktiraf oleh Billboard Women in Music sebagai Hitmaker, macam dalam mimpi!

"Tetapi agak mendukacitakan begitu banyak soalan dan komen lebih tertumpu pada badan saya dan bukannya muzik saya, minat saya, atau kerja keras yang membawa saya ke sini.

"Beginilah rasanya menjadi seorang wanita dalam industri muzik," jelasnya.

Untuk rekod, Meghan berkahwin dengan Daryl Sabara pada 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riley, 4 dan Barry yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain