SELEPAS tular keadaan rumah dipenuh beg plastik menerusi program Running Man sebelum ini, penyanyi Kim Jong Kook sekali lagi menjadi bualan kerana sikap kedekutnya.
Walaupun dilaporkan mempunyai kekayaan sebanyak 100 bilion won (RM304 juta), Jong Kook, 49, berkata, dia masih menggunakan tisu yang dihadiahkan kepadanya sekitar tujuh tahun lalu.
Jong Kook dedah masih pakai seluar dalam berlubang.
"Saya masih guna tisu yang dihadiahkan kepada saya tujuh tahun lalu semasa pindah rumah dahulu.
"Saya hidup dengan baik tanpa tisu basah, jadi mengapa saya perlu menggunakannya?
"Dulu kita hidup tanpa tisu basah, kenapa sekarang perlu guna?," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh isu sensitif, netizen kecam Kim Jong Kook gurau kasar dengan Ji Ye Eun
ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik gurau kasar, Kim Jong Kook dikecam sindir YouTuber
Jong Kook berkongsi perkara itu melalui sedutan episod terbaharu program Problematic Men of the Rooftop Room yang akan ditayangkan pada 3 April 2025.
Sebelum itu, Jong Kook memberitahu dia masih memakai seluar dalam yang berlubang untuk kegunaan harian.
Penyanyi itu juga menjahit stoking lama untuk digunakan kembali.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!