PELAKON Bollywood Kareena Kapoor Khan sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam demi kekal sihat walaupun usianya semakin meningkat.
Kata Kareena, 45, dia juga memasang harapan mahu terus bekerja sehingga umurnya mencecah 85 tahun kelak.
Kareena jaga kesihatan dengan kawal makan dan bersenam.
"Saya sangat memberi tumpuan kepada pemakanan yang betul dan bersenam untuk kekal sihat.
"Jika boleh saya memang mahu bekerja walaupun saya berumur 85 tahun," katanya.
Bercerita lanjut, Kareena memberitahu dia lebih gemar melakukan sesuatu perkara sendirian tanpa membebankan orang sekeliling.
ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor bongkar rahsia suami, katanya Saif Ali Khan tak pernah ganti pakaian... Selesa sarung baju berlubang
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dipecah masuk pencuri, Saif Ali Khan parah ditikam 6 kali
Malah dia enggan bergantung kepada seseorang atau menggunakan tongkat apabila sudah berusia nanti.
"Saya juga tak mahu susahkan orang lain, semua benda kalau boleh memang nak buat sendiri sebab sudah biasa.
"Tak mahu bergantung pada orang lain ataupun kena guna tongkat," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!