suria

Perkahwinan masuk tahun ke-15, suami tak pernah curangi Nia Ramadhani

Nia bahagia menjadi isteri Ardi selama 15 tahun.

PELAKON Nia Ramadhani bersyukur jodoh dia bersama suaminya iaitu Anindra Ardiansyah Bakrie masih kekal walaupun penuh dengan dugaan dan cabaran.

Menyambut ulang tahun ke-15 perkahwinan mereka, Nia, 35, mendedahkan Ardi tidak pernah berhenti berusaha untuk sentiasa membahagiakan dirinya.

"Lima belas tahun bukan perjalanan mudah... Ada luka, tawa, diam, dan air mata.

Nia bahagia bersama Ardi.

"Tapi di setiap langkah kamu tetap memilih untuk kekal setia, belajar dan menyayangi saya dengan cara baru," katanya.

Nia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.

Dalam pada itu, Nia berharap jodoh mereka akan terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bagi baca mesej peribadi setiap malam, Nia Ramadhani mahu jadi ibu ‘sporting’

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur wanita abai penampilan selepas kahwin, Nia Ramadhani tak layak beri nasihat - “Suami kau kaya raya!”

Malah Nia menyifatkan Ardi sebagai seorang yang setia dan sangat penyayang.

"Semoga di waktu hadapan, kita saling belajar, saling menguatkan dan tetap menyayangi antara satu sama lain setiap hari.

"Terima kasih, bukan kerana semuanya sempurna, tapi kerana kamu tak pernah berhenti berusaha untuk kita.

Nia dan Ardi miliki tiga orang cahaya mata.

"Bersama kamu, saya belajar kasih sayang yang dibentuk melalui langkah-langkah kecil setiap hari," ujarnya.

Untuk rekod, Nia mendirikan rumah tangga bersama Anindra Ardiansyah Bakrie pada 2010.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla, 13, Mainaka, 10, dan Magika yang kini berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain