BINTANG terkenal Bollywood Priyanka Chopra pernah menolak permintaan memakai bikini ketika menyertai pertandingan Miss World 2000.
Hindustan Times melaporkan, ibu Priyanka iaitu Madhu Chopra mendedahkan anaknya itu menolak kerana mempunyai pendirian tersendiri selain tidak selesa mengenakan bikini untuk tatapan orang ramai.
“Priyanka memang berani menolak jika sesuatu permintaan itu tidak selari dengan pendiriannya.
Priyanka bergelar Miss World 2000 sewaktu berusia 18 tahun.
“Dia (Priyanka) menjaga maruahnya dengan penuh profesionalisme, jadi penganjur menghormati permintaannya itu,” katanya.
Priyanka yang mewakili India berjaya dinobat sebagai Miss World 2000 sewaktu berusia 18 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menyesal hantar Priyanka Chopra masuk sekolah asrama, setiap minggu naik kereta api jumpa anak
ARTIKEL BERKAITAN: Diminta tunjuk seluar dalam, Priyanka Chopra kecewa pengarah cuba malukannya
Dua tahun selepas itu, Priyanka debut menerusi filem The Hero:Love Story of a Spy lakonan bersama Sunny Deol dan Preity Zinta.
Aktres ini turut membuktikan dirinya sebagai salah seorang pelakon wanita India paling berjaya dan menerima bayaran tertinggi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!