suria

Bercinta dengan bekas kekasih abang, 2 anak lelaki David Beckham bermasam muka

Brookly, David, Romeo dan Turnbull jadi bualan netizen.

ANAK lelaki kepada bintang bola sepak David Beckham iaitu Brooklyn dan Romeo bermasam muka gara-gara seorang wanita dikenali sebagai Kim Turnbull.

Memetik laporan TMZ, Turnbull dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Brooklyn beberapa tahun lalu sebelum bercinta dengan Romeo.

Khabar angin mengenai pertengkaran dua beradik itu tercetus apabila Romeo membawa kekasihnya ke pesta ulang tahun David yang ke-50 tahun di Miami baru-baru ini.

Foto ulang tahun David yang dikongsi Romeo.

Malah kelibat Brooklyn dan isterinya, Nicola Peltz Beckham juga tidak kelihatan di acara itu.

Tidak hanya itu, Romeo juga tidak menyebut nama Brooklyn ketika memuat naik foto majlis ulang tahun ayah mereka di Instagram.

"Keluarga adalah segala-galanya, sayang kamu semua," tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:  Cuba cium mulut anak perempuan depan orang ramai, perbuatan David Beckham dikecam netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa dikhianati kawan baik, David Beckham tetap teruskan saman terhadap Mark Wahlberg

Sebelum ini, Brooklyn dan isteri juga tidak menghadiri pertunjukkan fesyen anjuran ibunya kerana alasan sama.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga memilih mengunci mulut berhubung khabar angin tersebut.

Untuk rekod, Romeo dan Turnbull mula bercinta sejak November 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain