PENGAKUAN penyanyi Jessica Simpson tentang rahsia dia menjaga suara mengejutkan ramai peminat.
Secara terbuka Jessica, 45, memberitahu dia meminum herba dari China yang mengandungi air mani ular sebagai salah satu bahan di dalamnya.
Menurut penyanyi ini dia mempelajari petua berkenaan daripada guru vokalnya sendiri.
Jessica kembali merakamkan lagu baharu.
"Orang bertanya saya minum apa? Saya sendiri tidak tahu. Guru vokal yang cadangkan saya mimun.
"Kemudian saya buat carian di internet dan mendapati ia adalah air mani ular," katanya.
Jessica berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor jaga makan dan bersenam, mahu bekerja sampai usia 85 tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Makin kurus! Meghan Trainor ambil suntikan percepat proses kuruskan badan
Dalam masa sama dia juga menyarankan kepada rakan-rakan artis untuk mengamalkan petua sama bagi menjaga suara.
"Rasanya seperti madu. Jika nak suara bagus, boleh minum sprema ular," ujarnya.
Jesicca kini tampil dengan lagu baharu berjudul Blame Me.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!