PENYANYI rap G-Dragon merupakan artis Korea Selatan pertama menolak hadiah pemberian peminat kepadanya.
Ramai percaya G-Dragon memulakan trend itu susulan tular semula sebuah video mendedahkan bekas anggota kumpulan Big Bang ini menolak pemberian hadiah peminat sejak 2011.
G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 37, sebaliknya mempopularkan konsep derma kepada golongan memerlukan dan bukannya dengan memberi barangan mahal sebagai hadiah kepadanya.
G-Dragon mohon peminat memberi sumbangan kepada badan amal.
“Saya ingin bertanya kepada anda semua, saya tidak akan menerima sebarang hadiah untuk hari ulang tahun kali ini.
“Kasih sayang dan sokongan yang anda (peminat) berikan sudah mencukupi.
“Kenangan bersama peminat adalah perkara bermakna untuk saya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Usaha turun berat badan berhasil, peminat kagum tengok ‘jawline’ G-Dragon
ARTIKEL BERKAITAN: Tidur 3 hari tak bangun-bangun, pengurus panik sangka G-Dragon sudah tidak bernyawa
Susulan itu, peminat berjaya membuat kutipan derma sebanyak 8.18 juta KRW (RM2.4 juta) yang disalurkan kepada badan amal bersempena ulang tahun kelahiran penyanyi berkenaan beberapa tahun lalu.
Tradisi tidak menerima hadiah daripada peminat ini turut menjadi ikutan kebanyakan artis di Korea Selatan termasuk BTS, Seventeen, IU, EXO, NCT dan Kang Daniel.
Malah pelakon Yoo Jae Suk turut menyertai trend tersebut dengan membuat pengumuman kepada peminat bahawa cukuplah sekadar memberi mesej sokongan kepadanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!