PENGACARA Ruben Onsu teruja apabila berjaya menghafal tiga surah pendek selepas mengumumkan memeluk agama Islam.
Memetik laporan Suara.com, Ruben berjaya menghafal tiga surah pendek selepas dua hari bergelar mualaf.
"Saya sudah hafal tiga surah, ketika itu saya baru dua hari peluk Islam.
Ruben bersama rakan yang membimbingnya.
“Bukan surah yang panjang tapi pendek sahaja," katanya.
Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai surah-surah tersebut.
Kata Ruben dia mula terdetik menghafal surah-surah itu kerana mahu menyempurnakan solat lima waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keselamatan terancam... 4 selebriti popular Indonesia pasang ‘bodyguard’
ARTIKEL BERKAITAN: Eminem kini bergelar datuk, timang cucu lelaki
“Ketika itu ada seorang ustaz iaitu Habib Usman Yahya menyarankan saya agar memahami jika tidak dapat menghafal surah pendek itu.
“Tapi saya akan buat semampu saya dahulu," kongsinya.
Dalam pada itu, Ruben memberitahu sejak bergelar mualaf dia kini berasa sangat tenang.
Malah katanya, perasaan itu menerpa dirinya setiap kali dia mengambil wuduk untukmengerjakan solat.
Ruben bersama rakan artis yang membantunya.
“Saya dapat ketenangan yang tidak dapat dibayangkan.Hanya dengan berwuduk saya saya sudah dapat nikmati ketenangan itu," luahnya.
Pada 1 April lalu, Ruben mengejutkan peminatnya apabila mengesahkan sudah memeluk Islam.
Katanya, dia sudah lama mempertimbangkan keputusan menukar agama dan ia bukan paksaan daripada mana-mana pihak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!