suria

Eminem kini bergelar datuk, timang cucu lelaki

Eminem (kiri) kini bergelar seorang datuk.

PENYANYI rap Eminem kini bergelar datuk selepas anak perempuannya selamat melahirkan bayi lelaki pada 14 Mac lalu. 

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Hailie Jade Mathers yang memberitahu dia terpaksa melahirkan bayi tiga minggu lebih awal daripada perkiraan sebenar. 

Menerusi perkongsian tersebut, Hailie turut berkongsi foto bayi lelakinya itu yang dinamakan sebagai Elliot Marshall McClintock. 

Eminem (kiri) sebelum ini teruja memaklumkan bakal menimang cucu pertama.

“Selamat lahir ke dunia tiga minggu lebih awal ‘Little E’ (panggilan Elliot),” katanya. 

Dalam pada itu, rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa nama bayi itu dipilih bagi memberi penghormatan buat nama sebenar bapanya iaitu Marshall Bruce Mathers III. 

Pada Oktober tahun lalu, Eminem berkongsi khabar gembira dia bakal bergelar seorang datuk selepas anak perempuannya disahkan hamil anak pertama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Eminem bakal jadi datuk, mengalir air mata dapat berita anak hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Eminem rai kejayaan 16 tahun tanpa dadah, senaman bantu atasi ketagihan

Kisah kehamilan anaknya itu turut diabadikan dalam sebuah muzik video (MV) lagu terbaharunya berjudul Temporary. 

Hailie merupakan satu-satunya anak kandung Eminem hasil perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Kim Scott. 

Hailie berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Evan McClintock pada 20 Mei 2024 selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain