suria

Selepas bersalin, Megan Fox pertimbang untuk kembali bersama Machine Gun Kelly 

Megan tertarik dengan sikap prihatin MGK terhadapnya dan anak.

PELAKON Megan Fox dikatakan bakal menjalinkan kembali hubungan bersama bekas kekasih iaitu Machine Gun Kelly. 

Perkara tersebut difikirkan selepas Megan melihat perubahan yang berlaku kepada Machine apabila dia melahirkan anak pertama mereka pada Mac lalu.

Menurut sumber yang berkongsi secara eksklusif kepada Us Weekly, aktres tersebut kini berasa kembali segar dan seperti mempunyai kehidupan baharu selepas kewujudan bayi perempuan itu. 

Anak perempuan tersebut banyak mengubah kehidupan Megan. 

“Megan benar-benar kembali menjiwai peranan sebagai ibu. Mereka berdua sekarang ini berhasrat untuk berkongsi tanggungjawab menjaga anak perempuan mereka secara baik. 

"Walaupun tidak tinggal sebumbung, Megan membenarkan MGK (singkatan Machine Gun Kelly) tinggal bersamanya supaya dapat meluangkan masa sebanyak mungkin bersama bayi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Megan Fox selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Baru umum sedang hamil, Megan Fox tinggalkan Machine Gun Kelly

“Dia (MGK) memastikan mereka (Megan dan anaknya) dijaga dengan baik, sentiasa mengambil berat. Perkara ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan Megan terhadapnya dan kemungkinan masa depan mereka bersama,” kata sumber itu.

Untuk info, Megan dan MGK mula mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Jun 2020 dan mengumumkan pertunangan pada Januari 2022.

Namun, pasangan itu dilaporkan berpisah pada November 2024 selepas Megan menemui sesuatu dalam telefon pasangannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain