PELAWAK Jeff Ross terpaksa bermalam di wad kecemasan sebuah hospital swasta selepas mengalami alahan teruk pada Ahad lalu.
Menurut Jeff, 60, alahan tersebut berpunca daripada ais krim yang dimakannya ketika dia dan rakan yang lain meraikan persembahan mereka iaitu Take A Banana For The Ride yang baru sahaja selesai, malam berkenaan.
Antara foto dikongsi Jeff di Instagramnya.
Kata Jeff, bibirnya tiba-tiba membengkak sehingga dia terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan sebuah hospital berhampiran.
Malah Jeff terpaksa bermalam disana sebelum dibenarkan oleh doktor untuk pulang.
"Sedap. Serius sedap. Tetapi bibir saya ‘meletup’ dan saya menghabiskan sepanjang malam di bilik kecemasan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bimbang V (BTS) hidap penyakit gatal-gatal dan ruam kulit
ARTIKEL BERKAITAN: Nicki Minaj bergelar ibu, akui berdepan alahan paling buruk
Jeff juga berkongsi beberapa foto di Instagram dia sedang duduk di atas katil hospital dengan bibirnya yang bengkak.
Dalam pada itu, Jeff mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan di Pusat Kesihatan Perubatan Marin atas rawatan diberikan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!