SELEPAS lebih setahun, pelakon Samuel Rizal akhirnya mendedahkan alasan dia tidak hadir majlis pengebumian bekas isterinya iaitu Stevie Agnecya.
Enggan mencuri tumpuan pada waktu berduka itu, Samuel berkata keputusannya untuk tidak hadir majlis itu merupakan satu tindakan wajar.
Malah, sebagai selebriti dia cukup faham tumpuan yang diberikan oleh media sekiranya melihat kehadirannya pada hari berkenaan.
Samuel dan anaknya hasil perkongsia hidup bersama Stevie.
"Bukannya saya tidak datang, tetapi memilih untuk muncul. Sebelum meninggal, hubungan dengan Stevie juga semakin jauh. Jadi biar anak kami sahaja yang datang.
"Stevie juga seorang yang dikenali dan hari itu ramai rakan-rakan media," katanya.
Pada 21 Mac lalu, Stevie meninggal dunia akibat penyakit misteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri pelakon menderita sakit misteri meninggal dunia... Video lama kena sihir kembali jadi bualan
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Stevie Agnecya dalam keadaan tersenyum, suami puji Allahyarham isteri dan ibu sempurna
Ketika itu nama Samuel menjadi perhatian ramai kerana dia tidak hadir untuk memberi penghormatan terakhir meskipun hubungan mereka sudah berakhir.
Tambah Samuel dia ada menziarahi kubur bekas isterinya dan memaklumkan hubungan dengan suami Stevie kini juga semakin baik.
Samuel dan Stevie bercerai pada 2016.
"Saya hadir selepas Stevie meninggal dunia. Segalanya berubah," jelasnya.
Samuel dan Stevie mendirikan rumah tangga pada Julai 2012 namun bercerai empat tahun kemudian.
Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan hasil hasil perkahwinan tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!