suria

Britney Spears kembali 'seksi' seperti dulu

Diva Pop Britney Spears berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun hasil kerja keras di gim dan menari.
Diva Pop Britney Spears berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun hasil kerja keras di gim dan menari.
Diva Pop Britney Spears berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun hasil kerja keras di gim dan menari.

SETELAH menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki, susuk badan penyanyi bermasalah Britney Spears agak berbeza selama beberapa tahun. Namun kebelakangan ini khabarnya tubuh montoknya sudah kembali seperti asal.

"Saya terpaksa bekerja keras untuk dapatkan susuk tubuh asal saya. Kalau dulu saya sibuk menghabiskan masa di gim, kini saya memberi fokus kepada promosi album baru saya," jelas pop diva Britney Spears baru-baru ini.

Hasil Spears bekerja keras, mengunjungi pusat gim dan melakukan tarian sejak kebelakangan ini, menyebabkan dia berjaya menurun sebanyak 20 paun.

Spears yang cuba buat 'comeback' tahun lepas berjaya meletakkan namanya di tempat pertama dengan hit bertajuk 'Womanizer'.

Kini, Spears kembali aktif dan berazam merebut kembali gelaran 'ratu pop' yang hampir terlepas dari tangannya.

Usaha untuk menebus kembali gelaran ini akan mula dilakukan dengan sesi promosi internasional 'The Circus' yang akan bermula dari kediamannya di Louisiana pada bulan Mac ini.

Penyanyi berusia 27 tahun ini, telah menunjukkan badan seksi yang menggiurkan itu di hadapan jurukamera ketika pengumuman sesi promosi 'The Circus' baru-baru ini dan ianya turut dipaparkan di lama webnya.

Foto rakaman menunjukkan beliau memakai tracksuit dengan T-Shirt yang memperlihatkan tubuhnya yang seksi.

Promosi 'The Circus' akan membawa Spears ke 44 destinasi termausk Amerika, Kanada, London dan Eropah.

Spears juga akan buat 6 gig di London O2 Arena pada 3 dan 4 Jun nanti.

Sementara itu, Britney Spears terpaksa menamakan single barunya 'If You Seek Amy' kepada 'If You See Amy' kerana lirik lucahnya telah mengundang lagu tersebut diharamkan.

Single Britney itu telah diharamkan di stesen radio US kerana liriknya yang lucah.

Single ketiga Britney dari album barunya 'The Circus' itu diharamkan kerana kata-kata yang berbaur tidak senonoh.

Kini, penyanyi yang selalu mengundnag kontroversi terpaksa merakamkan lagu itu semula dan menukar tajuk lagu kepada ' If You See Amy.'

Artikel Berikut

AJL23 gempak habis!

Artikel Lain