suria

'Bhopal,' kisah derita sang petani filem terbaru Aamir Khan

Lysa akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.
Lysa akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.
Lysa akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.

SETIAPKALI dia mendapat ilham membuat filem baru, pastinya ia lain dari yang lain. Terbaru, 'Mr Perfectionist' Aamir Khan mendapat inspirasi untuk menerbitkan filem 'Bhopal'.

Filem baru ini berdasarkan kesengsaraan dan krisis yang dihadapi oleh petani-petani yang berakhir dengan bunuh diri.

Kisah benar ini dihadapi sendiri oleh bekas wartawan Anusha Rizvi, yang melalui fasa ini. Anusha sendiri akan mengarah filem ini.

Pelakon berbakat besar, Raghuvir Yadav, diberitakan akan memegang watak utama sebagai seorang wartawan yang memperjuangkan hak para petani.

Aamir pernah melibatkan diri dengan Narmada Bachao Andolan dan agak vokal melahirkan pandangan tentang banyak isu sosial.

'Bhopal' diyakini akan mengulangi kecemerlangan filem-filem tebritan Aamir seperti 'Rang De Basanti' dan 'Taare Zameen Par'.

Filem produksinya yang lain ialah 'Delhi Belly', dengan bintang utaam Imran Khan, kini dalam proses pengambaran.

Isterinya Kiran Rao juga sibuk dengan produksi 'Dhobhi Ghat.'

Aamir juga amat berbangga dengan pencapaian 'Ghajini' yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Buah tangan terbarunya untuk tayangan Krismas tahun ini ialah '3 Idiots.'

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain